PEMBEDAHAN PLASTIK

 

PEMBEDAHAN PLASTIK DI MALAYSIA

Terdapat maksud pembedahan plastik dan hukum berserta syarat melakukan pembedahan plastik di Malaysia yang wajib kita pelajari/ketahui.

Maksud pembedahan plastik

Apakah yang dimaksudkan dengan pembedahan plastik? 

Pembedahan plastik berasal dari bahasa Yunani , iaitu “plastikos” yang bermaksud “membentuk” atau memberi bentuk. Benarkah ia adalah suatu perbuatan yang haram disisi Syarak? Pembedahan plastik ini telah melalui satu peringkat perkembangan yang amat menakjubkan. Perkembangan di dalam bidang perubatan ini juga membawa kepada keinginan manusia itu sendiri untuk melakukan pembedahan plastik yang lain seperti mengecilkan lubang hidung, dagu, mencantikkan telinga, membesarkan atau mengecilkan bibir dan lain-lain lagi.

Hukum-hukum melakukan pembedahan plastik



  Hukum melakukan pembedahan plastik terbahagi kepada 3 ;
  1. Wajib – Untuk menutup luka, membaiki bekas luka parah atau tampal kesan kulit terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.
  2. Harus – Menyempurna atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota.
  3. Haram – Mengubah ciptaan Allah dengan sengaja. Contohnya, lelaki melakukan pembedahan plastik untuk menjadi seperti perempuan.


Syarat pembedahan yang dibolehkan dalam persepsi Islam

  1. Pembedahan yang diperlukan oleh si pesakit.
  2. Si pesakit atau penjaganya memberi keizinan untuk melakukan pembedahan tersebut.Orang yang merawat mempunyai kelayakan untuk melakukan pembedahan yang dijalankannya.
  3. Orang yang merawat berkeyakinan atau mempunyai sangkaan yang kuat mampu mencapai matlamat pembedahan yang dilakukannya.
  4. Tidak terdapat  alternatif lain yang kurang risiko dari pembedahan yang dilakukan itu.

JENIS-JENIS PEMBEDAHAN PLASTIK


Pembedahan plastik merupakan pembedahan dengan tujuan untuk perubatan dan pemulihan yang dibenarkan.Contoh,pembedahan untuk mulut yang sumbing atau pembedahan untuk menampal kulit yang melecur.Pemakaian gigi palsu dan sebagainya dibenarkan untuk tujuan menutup kecacatan.Pembedahan ini juga bertujuan yang kecantikan seperti memancungkan hidung,membesarkan mata dan sebagainya.


i) Rekonstruksi

  1. Kecacatan sejak dari lahir seperti sumbing bibir dan langitan, hipospadi (alat kelamin melengkung),
  2. hemangioma (kelainan pembuluh darah pada kulit).
  3. Kecacatan akibat kemalangan atau kecederaan yang teruk seperti kulit terbakar, patah dan retak tulang.
  4. Kecacatan disebabkan infeksi ataupun penyakit yang menyebabkan pesakit mengalami penderitaan yang teruk.
  5. Pembedahan Kraniofasial dan pembedahan maksilofasial, bagi menangani kelainan bentuk kepala dan muka (patah tulang muka akibat kecelakaan) daripada yang normal.
  6. Pembedahan mikro (seperti traumatik amputasi jari yang memerlukan penyambungan pembuluh darah).
  7. Transeksual

ii) Pembedahan plastik kosmetik



  1.  Facelift : Facelift adalah prosedur untuk menegangkan kulit. Selain itu, Facelift juga dapat menghilangkan kedutan pada wajah.
  2.  Rhinoplasty : Rhinoplasty adalah operasi untuk memperbaiki hidung sesuai dengan keinginan individu. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperbaiki penampilan. Rhinoplasty dapat membantu pernafasan yang tersumbat.
  3.  Liposuction : Suatu cara bagi menghilangkan lemak tubuh dengan cara membuat lubang kecil pada kulit dan mengeluarkan lemak tersebut dengan tenaga vakum. Hasil yang diperoleh ialah perut akan menjadi lebih ramping dan langsing.


Kesan keburukan pembedahan plastik

  1.  Kecacatan pada bahagian yang dibedah.
  2.  Kesan sampingan jangka panjang.
  3.  Maut.
  4.  Menipu rupa asal sebenar yang dijadikan Allah SWT.
  5.  Membazir.

Kesan kebaikan pembedahan plastik

  1.  Mengembalikan semula fungsi anggota badan.
  2.  Membina semula anggota yang cacat.
  3.  Memberi kesempurnaan fizikal mangsa.
  4.  Menghilangkan keaiban.
  5.  Memberi keyakinan diri kepada mangsa.
  6.  Membantu mangsa ke arah hidup yang lebih sempurna.

Tujuan melakukan pembedahan plastik
   
        Memperbaiki kecacatan semulajadi atau kemalangan yang memberi kesan pada tubuh manusia yang menyebabkan hilangnya nilai atau kepentingannya pada watak peribadi dan dalam masyarakat. Tujuan dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal. Selain itu, tujuan yang tidak dibenarkan untuk kelihatan lebih cantik, pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan. Setereusnya, memiliki keperluan tidak bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain mesti diakui doktor islam dan pakar dalam bidang itu, doktor yang yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat mendapat persetujuan pesakit dan wali.

No comments:

Post a Comment

Kaedah Fikah Dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

PENGENALAN Kaedah fiqah merupakan satu prinsip umum yang boleh dijadikan sebagai satu panduan umum dalam pembinaan hukum-hukum Islam terutam...