Thursday, 9 December 2021

Kaedah Fikah Dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

PENGENALAN


Kaedah fiqah merupakan satu prinsip umum yang boleh dijadikan sebagai satu panduan umum dalam pembinaan hukum-hukum Islam terutamanya apabila terdapat masalah-masalah baharu yang memerlukan keputusan hukum yang cepat. Prinsip umum ini membolehkan sesuatu masalah baharu yang timbul diselesaikan dengan mudah menegenai hukumnya yang sebenar melalui rujukan kepada sumber-sumber hukum lain. Kaedah fiqah merupakan salah satu sumber yang menjadi panduan dan dasar untuk mengeluarkan pecahan atau cabang hukum dalam Islam dan dijadikan sebagai sumber hukum dan hujah sokongan bagi sesuatu permasalahan. Pengguna kaedah fiqah tidak akan menafikan nas-nas al-Quran dan hadis tetapi kedua-dua sumber utama tersebut amat penting untuk memahami syariat dan muamalah manusia.

Kaedah fiqah ini dapat memberikan hukum secara cepat apabila sesuatu permasalahan timbul seperti hukum membunuh ular yang berbisa. Adakah dibenarkan oleh syarak? Jawapannya ialah hukum membunuh haiwan berbisaseperti ular adalah dibenarkan kerana berbahaya kepada manusia. Bidang sains teknologi dan kejuruteraan amat memerlukan kaedah fiqah untuk diaplikasikan ke dalam setiap kajiannya. Pengaplikasian ini bertujuan untuk memastikan bahawa setiap kajian yang dilakukan adalah berlandaskan panduan yang telah ditetapkan oleh syarak serta mengutamakan kemaslahatan umum.

KAEDAH  


Ini dalam bidang sains , teknologi dan kejuruteraan adalah tertaluk kepada prinsip-prinsip syarit dan tujuan-tujuannya . Antara perkara penting yang perlu menjadi perhatian bagi para saintis , teknokrat dan jurutera adalah seperti berikut :

a) Sebarang kesukaran yang berlaku dalam proses penyelidikan hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat yang membolehkan rukhsah ( keringanan)

b) Pertimbangan untuk mencipta sesuatu bagi kepentingan manusia haruslah menjadi keutamaan untuk mengguna pakai konsep rukhsah ( keringanan)

c) Keizinan untuk menggunakan pakai kaedah ini berlaku apabilasesuatu tujuan yang sangat diperlukan oleh manusia terhalang oleh sesuatu tujuan yang sangat diperlukan oleh manusia terhalang oleh sesuatu kesukaran atau kepayahan .

d) Status kebenaran untuk menggunkan segala bentuk keringanan adalah berkuatkuasa selama kesukaran tersebut masih lagi berlaku dalam keadaab yang diizinkan oleh syarak.

e) Kaedah ini tidak boleh diambil mudah atau dipandang ringan semata-mata untuk menghalalkan segalan bentuk rukhsah (keringanan) sebelum pelbagai pilihan lain diuji untuk mengelakkan atau mengatasi kesukaran tersebut .

f) Penggunaan dan pemakaian kaedah hukum ini tiada had dan sempadan waktu. Keutamaan hanya diberikan kepada kes-kes  yang boleh memudaratkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia .

g) Kejujuran dan tanggungjawab yang maksima diperlukan oleh para saintis , teknorat dan jurutera dalam menjalakan peranan mereka . Kewajaran dan kerevelanan sesuatu perkara yang dibuat atau dihasilkan mestilah benar lagi tulus bagi tujuan kebaikan dan menolak kesukaran .  

SEBAB-SEBAB KERINGANAN


Terdapat tujuh sebab keringanan yang diberikan oleh syarak dalam ibadat iaitu :  

 Musafir : Syarak memberikan keringanan seperti qasar dan jamak seperti berbuka puasa
Sakit      : Syarak memberikan keringanan seperti meninggalkan puasa dan tayamum
Paksaan : Syarak mengharuskan  seseorang yang diharuskan dipaksa untuk melafazkan perkataan kufur .
Lupa : Seseorang yang makan dalam keadaan terlupa semasa berpuasa , tidak terbatal puasanya
Kejahilan : Tidak batal solat orang yang berakap semasa solat dalam keadaan jahil .
Kepayahan : Tanaman yang terkena najis binatang yang membajaknya dimaafkan .
Kekurangan : orang gila dan juga bayi tidak diberikan tanggungjawab oleh syarak .


ADAT DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN HUKUM


Adat bermaksud sesuatu yang sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan manusia.’Uruf pula merujuk sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat hingga menjadi amalan kebiasaan.
Kaedah ini membawa maksud adat,’uruf atau kebiasaan sesuatu tempat itu sebagai sumber hokum dan rujukan dalam menentukan dan menetapkan sesuatu hokum untuk sesuatu isu atau kes tertentu yang tiada dalil, sumber hokum islam atau nas syarak terhadap permasalahan tersebut. Sekiranya terdapat nas syarak, ,maka penggunaan kaedah ini akan terbatal. Kaedah ini dibentuk berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

 “Apa-apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin maka ia dianggap baik disisi Allah            SWT sementara apa-apa yang dipandang buruk oleh kaum muslimin maka ia dianggap buruk oleh Allah SWT”

Adat atau ‘uruf terbahagi kepada empat bahagian utama ,iaitu:


1. Adat am


Adat ini merujuk sesuatu kebiasaan yang diterima umum sebagai sesuatu yang memberi maksud tertentu.Contohnya, menggunakan e-mel untukmenyampaikan sesuatu arahan atau suruhan menggantikan surat. Pada kebiasaannya, arahan kerja atau resit rasmi adalah dengan menggunakan surat sebagai bukti perkara itu perlu dilakukan.Namun dengan perkembangan teknologi kejuruteraan dan inovasi yang dilakukan pada hari ini bagi tujuan mempercepatkan lagi proses penyampaian , e-mel telah menjadi pengganti kepada surat. Berdasarkan amalan yang dijalankan di setiap institusi, e-mel boleh dijadikan bukti bahawa arahan atau kehendak sesuatu itu perlu dilakukan berdasarkan kepada kebiasaan amalan pada masa ini.

2. Adat Khusus


Adat khusus ialah perkara yang terpakai dan difahami oleh sesetengah masyarakat atau negeri atau dalam kalangan golongan tertentu.Contohnya, apabila membincangkan tentang isu enjin kenderaan, sudah tentu melibatkan semua jenis kenderaan sama ada kereta, motosikal, kapal laut, kapal terbang, dan sebagainya.

3. Adat sahih


Adat sahih merupakan adat yang tidak bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat, tidak menghalalkan yang haram, tidak membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahatan daam syariat.Contohnya , seseorang menggunakan khidmat SMS, ATM, internet, pejabat pos, perbankan untuk membayar zakat fitrah. Biasanya, pembayar zakat akan membayar zakat melalui amil yang dilantik sama ada di masjid atau dikaunter pusat zakat.Namun pada masa ini, atas sebab perkembangan sains teknoliogi dan kejuruteraan,pembayaran zakat diharuskan dengan menggunakan khidmat atau sistem sebagaimana yang disebut diatas. Kini, dengan sistem yang lebih mudah dan pantas, sistem pembayaran zakat juga telah dijalankan secara autopay iaitu dibayar secara kaunter bergerak seoerti pandu lalu. Hal ini menunjukkan kemajuan teknologi ini memudahkan dan memberi kesenangan kepada mereka yang sibuk dan tiada masa.

4. Adat fasid atau rosak

Adat fasid atau rosak ialah adat yang berlawanan atau bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau membatalkan yang wajib atau menghilangkan lemaslahatan dalam syariat. Contohnya, bentuk-bentuk pertandingan yang menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) yang mempunyai unsur pertaruhan dan perjudian. Pada asalnya, tujuan sistem SMS ini adalah untuk memudahkan komunikasi sesame manusia, namun apabila teknologi dan khidmat yang disediakan ini mempunyai unsur penipuan, contohnya pertandingan yang diadakan dengan menggunakan aplikasi khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dibenarkan dalam Islam



APLIKASI QAWAID FIQHIYYAH DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI


TEKNOLOGI YANG DIHARUSKAN DALAM ISLAM

Islam sebenarnya tidak pernah menolak pembangunan dan penciptaan dalam bidang sains, teknologi, dan kejuruteraan. Teknologi yang diharuskan dalam islam bagi kepentingan dan kemaslahatan manusia sejagat adalah sperti berikut:

  1. KAEDAH PERSENYAWAAN TEKNIK BANTUAN ART

·         Dilakukan dengan cara sperma/embrio yang dimasukkan ke dalam rahim wanita.
·         Haram bagi wanita yang melakukan proses ini selepas kematian suami atau bercerai.
·         Islam mengharuskan Kaedah Persenyawaan Teknik Reproduktif (ART) bagi pasangan yang tidak mampu dikurniakan zuriat melalui proses normal.
·         Syarat-syarat untuk melakukan ART:
ü  Embrio bebas daripada segala penyakit genetik boeh dipindahkan ke dalam rahim isteri.
ü  Kajian untuk menukar sifat semulajadi adalah tidak dibenarkan sama sekali
ü  Menyimpan beku sperma dan embrio hanya boleh dilakukan di pusat ART yang bertauliah dan diiktiraf agar tidak berlaku percampuran benih.
ü  Pemilihan jantina embrio dibenarkan jika jantina itu mempnyai penyakit genetik yang serius.
ü  Kajian berunsurkan komersial dan tiaa kaitan dengan kesihatan ibu atau janin adalah tidak dibenarkan.


  1. PEMBIAKAN BAYI TABUNG UJI

·         Dikenali sebagai teknik IN VITRO FERTILISATION.
·         Teknik ini dilakukan di luar badan manusia.
·         Ovum dan sperma disenyawakan  di luar badan atau in vitro.
·         Hasil keputusan pertemuan ulama sedunia di Jordan.
ü  Apabila ada kesalahan pada isteri sehingga mereka mengambil ovum wanita lain yang bukan isterinya sah untuk dicampurkan dengan sperma suaminya kemudian ditanam ke dalam isterinya yang sah
ü  Apabila ada kesalahan kepada suami sehingga keluarga ini terpaksa mengambil sperma lelaki lain yang bukan suaminya yang sah untuk dicampurkan denga ovum isterinya kemudian disuntikkan dalam rahim isterinya
ü  Sperma suami dan vum isteri dalam keadaan baik tetapi mereka ingin melahirkan anak melalui rahim wanita lain dengan car mengambil sperma suami dan ovum isterinya dan disatukan kemudiannya disuntik dalam rahm wanita lain pula.
ü  Sperma suami dan ovum isteri tidak baik atau mereka inginkan benih orang lain sehngga mereka mengambil sperma dan ovum orang lain untuk disimpan kemudian disuntik pula rahim isterinya.
ü  Apabila suami itu memiliki dua atau tiga orang isteri di mana sperma suami dan ovum isteri pertama tadi disatukan dalam tabung uji kemudian disuntik dalam rahim isterinya yang kedua atau ketiga.
ü  Percampuran sperma suami dan ovum isteri dalam tabung uji lalu disuntik dalam rahim isterinya yang sah.
ü  Sperma suami disuntikkan secara langsung dalam rahim isteri hingga berlaku pembenihan langsung di rahim isteri tanpa proses pesetubuhan secara norma.
·         Ulama bersepakat bahawa proses yang dilakukan dalam teknik tabung uji dari proses pertama hingga kelima adalah HARAM di sisi SYARIAH.
·         Teknik keenam dan ketujuh adalah diharuskan dalam islam.
ü  Kaedah tabung uji dari benih suami isteri yang dibenihkan secara ‘terhormat’ adalah sah di sisi islam manakala sebaliknya adalah haram.
ü  Bayi yang dilahirkan melalui kaedah bayi tabung uji boleh menjadi wali dan dia berhak menerima harta pusaka daripada keluarganya.
ü  Jika benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat.
  1. TERAPI  GEN

·         Satu teknik yang membetulkan atau membaikpulih kecacatan gen.
·         Untuk merawat penyakit genetik dengan menggunakan salinan gen yang belum mengalami mutasi.
·         Terapi titisan germa adalah proses, di mana sperma akan bersenyawa dengan telur yang mengandungi gen yang diubah suai
·         Persenyawaan akan mengahasilkan sel baru yang dipanggil sel transgenik.


  1. KEJURUTERAAN TISU

·         Bidang yang menjadi semakin penting dalam dunia.
·         Teknik kejuruteraan tisu yang membolehkan para doktor membaikpulih atau menggantikan bahagian badan yang rosak atau telah tua
·         Tisu yang rosak akan dapat dibina semula atau digantikan dengan tisu baharu seperti tisu tulang, rawan, salur darah,dan kulit.
·         Kejuruteran tisu adalah satu alternatif untuk mendapatkan bahan yang sesuai bagi menggantikan dan menambahbaik sesuatu fungsi biologi atau organ manusia yang telah rosak dan tidak berfungsi.
·         Penggunaan graf tisu dalam amalam perubatan adalah diharuskan dan hanya umtuk perubatan sahaja.
·         Penggunaannya tidak boleh disalahgunakan untuk tujuan perdagangan atau lain-lainyang salah disisi syarak. 
  

PEMBEDAHAN PLASTIK YANG DIBENARKAN
1.Diharuskan dalam Islam atas tujuan perubatan.
  • Selain daripada tujuan itu, hukumnya adalah Haram walaupun utk menarik perhatian suami yang sah.
  • Tujuannya adalah untuk  memperbaik organ yg rosak atau cacat serta memberi kemudaratan kepada individu tersebut.
2.Syarak juga membenarkan pembedahan dilakukan jika tujuan utk memulihkan kesihatan yg sebelum ini memudaratkan.

PENGKLONAN TERAPEUTIK DAN PENYELIDIKAN SEL STEM (STEM CELL)
1.-Bertujuan utk rawatan perubatan. Seperti :-
            a)Mencipta sel tertentu
            b)Menggantikan organ yg telah rosak
   -Dengan mengambil kira langkah-langkah sempadan yg dibenarkan oleh syarak adalah diharuskan.
2.Perkara ini menggunakan embrio yg disimpan beku/lebihan bembrio dari proses persenyawaan luar Rahim.
  • Untuk tujuan penyelidikan dengan syarat :-
   a)Telah mendapat persetujuan daripada pasangan suami isteri yang menerima rawatan.

PEMINDAHAN ORGAN DERMA DARAH
1.Kaedah fiqah dalam masalah ini adalah kemudaratan hendaklah dihapuskan.
2.Pendermaan organ dan darah adalah memenuhi salah satu maqasid syariah.
  • Untuk membentuk kehidupan manusia
  • Menyelamatkan nyawa dan memelihara jiwa manusia
  • Mengembalikan fungsi organ
  • Membantu insan lain yang memerlukan(kurang sempurna organnya)
3.Yusuf Qardawi - Pendermaan organ dan darah adalah harus pada saat darurat dengan syarat:-
·         Tidak membawa kemudaratan besar kepada penderma
·         Organ yg didermakan tisak boleh dijual beli.
4.Penderma mestilah aqil baligh.
5.Pendermaan organ kepada kafir harbi(musuh yang diperangi) tidak diharuskan sama sekali.
6.Pendermaan organ oleh seorang Muslim  kepada orang bukan Islam yang tidak memusihi Islam diharuskan.
  • Organ yang didermakan tidak akan member kesan kepada amalan baik atau buruk penderma itu.


PENGGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR
1.Diharuskan dalam Islam bertujuan dalam meningkatkan:-
  • Kualiti sesuatu produk
  • Menyimpan Makanan
  • Mengawet makanan
  • Menghapuskan bakteria
2.Boleh digunakan dengan menjimatkan tenaga elektrik.
  • Manusia memerlukan bahan plutonium dan uranium utk mengeluarkan tenaga elektrik.

TEKNOLOGI YANG MEMBERIKAN KESELESAAN DAN KEMUDAHAN
1.Digalakkan dan diharuskan apabila penggunaan atau penghasilan teknologi dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada manusia dan masyarakat.
2.Penciptaan dan penghasilan teknologi diharuskan dalam islam adalah untuk memberi perlindungan serta kemudahan kepada manusia seperti:-
  • Pembuatan rumah
  • Komunikasi
  • Penghasilan kenderaan

KESIMPULAN

Islam tidak membebankan manusia dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh mereka dan sesuatu yang boleh membebankan mereka dengan perkara yang diluar daripada kebiasan mereka . islam memberi keringanan kepada umatnya bertepatan dan sesuai dengan naluri serta tabiat mereka .

Masyaqqah atau kesukaran yang menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan (musyaqqah tajlibu al-taisir ) ialah masyaqqaah yang melampaui kemampuan oleh manusia , bahkan boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya daripada melakukan suruhan allah . Mempermudahkan , meringakan dan mengambil kira kemampuan umatnya adalah menjadi kunci utama dan tujuan syarak daripada Allah.

Seterusnya , kaedah kemudratan hendaklah dihilangkan ini juga merupakan satu kaedah yang boleh digunakan demi menjaga masalah individu khususnya dan masyarakat am . kaedah ini menunjukkan bahawa agama islam dan syariatnya itu bageitu mengambil berat mengenai kepentingan manusia tanpa mengira  agama , bangsa dan keturunan serta menolak kemudaratan dan kerosakkan yang berlaku serta bakal berlaku . Semua hukum yang telah diputuskan oleh syarak tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk mengelakkan daripada berlaku kemudaratan yang menjadi salah satu antara tujuan utama mengapa syariat islam didatangkan oleh Allah s.w.t ke atas muka bumi ini. 

No comments:

Post a Comment

Kaedah Fikah Dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

PENGENALAN Kaedah fiqah merupakan satu prinsip umum yang boleh dijadikan sebagai satu panduan umum dalam pembinaan hukum-hukum Islam terutam...